SEJARAH SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU ABDULLAH RAUB, PAHANG

on 6:51 PM

SEMESTA telah dibina di sebuah kawasan di Kampung Pintu Padang, yang suatu ketika dahulu dibuka oleh Panglima Tugu, ayahanda kepada En. Othman
Shahbudin, Ketua Kampung Pintu Padang pada ketika itu. Nama Pintu Padang tercetus apabila kawasan tinggalan British dibiarkan ketandusan seolah-olah sebuah padang yang luas.

SEMESTA mula dibina pada awal 1981 dan telah siap sepenuhnya pada penghujung Oktober tahun berikutnya. Ini bermakna proses pembinaan bangunan SEMESTA mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan. Kemasukan pelajar pertama dibuat dua bulan sejurus sekolah ini siap dibina. Kumpulan perintis sekolah ini terdiri daripada 35 orang guru, 5 orang pekerja dan 280 orang pelajar yang mendaftar pada awal tahun 1983.

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan merupakan sebuah
Sekolah Berasrama Penuh. Sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai Sekolah
Menengah Sains Raub atau nama singkatannya SEMESRA namun kemudian telah ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah(SEMESTA), sempena nama Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Abdullah Ibni Sultan Hj Ahmad Shah pada hari perasmian sekolah bertarikh 4 Julai 1989.

SEMESTA telah mengharungi pelbagai pembangunan fizikal sepanjang 25 tahun pembinaannya. Antara kemudahan yang terdapat di SEMESTA ialah surau, astaka, gimnasium, dewan besar, dewan makan dan laluan berbumbung. Sempena Sambutan Jubli Perak ini, SEMESTA bakal mendapat sebuah dewan baru yang disumbangkan oleh PIBG SEMESTA. Majlis pecah tanah akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Hj Ahmad Shah.

Kawasan yang dulunya lapang dan tandus, kini telah diserikan dengan tanaman rendang yang menghijau dan bunga-bungaan untuk mengindahkan lagi kawasan sekolah. SEMESTA terus berubah selaras dengan perubahan masa dan keadaan sekeliling yang sentiasa mencabar. Dengan pelbagai usaha yang telah, sedang dan bakal dirintis, SEMESTA pasti berupaya merealisasikan visi dan misinya untuk mencapai kegemilangan.

5 comments:

Unknown said...

sejarah sekolah ini memang unik.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
mohd sidek said...

sbnarnye saye skolah kat skolah ni

Unknown said...

Alhamdulillah....anak perempuan saya turut ditempatkan di sekolah ini. Semoga kejayaan anak-anak di sekolah ini terus gemilang dan sentiasa diberkati Allah.

Unknown said...

Alhamdulillah....anak perempuan saya turut ditempatkan di sekolah ini. Semoga kejayaan anak-anak di sekolah ini terus gemilang dan sentiasa diberkati Allah.