Kem Kepimpinan Pelajar 2009

on 2:25 AM

Baru-baru ini, Badan Kaunseling SEMESTA telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pelajar 2009 bertempat di PLKN Benum Hill Resort, Raub.Kem ini telah dijalankan selama 2 hari 1 malam yang melibatkan para pengawas tingkatan 4, badais tingkatan 4 dan PRS tingkatan 4 Tujuan kem ini dijalankan adalah bagi memantapkan skill kepimpinan para pemimpin di SEMESTA amnya. Selain itu, ia juga sebagai salah satu usaha pihak SEMESTA menaikkan semangat tampuk kepimpinan baru agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih berkaliber dan mantap di tahun 2010.Pelbagai aktviti yang telah dijalankan sepanjang kem ini. Antaranya ialah kayak :

TAHNIAH!! KEKALKAN PMR NO.1 PAHANG

on 6:45 PM

Ia merupakan berita yang menggembirakan seluruh warga semesta apabila mengetahui SEMESTA No.1 Pahang.Segala penat lelah guru, ibu bapa dan pelajar yang berusaha berkobar-kobar terbayar dengan keputusan yang memberangsangkan. Seramai 96 daripada 128 orang pelajar mendapat keputusan 8A dalam PMR.Semoga SEMESTA dapat mengekalkan PMR No.1 Pahang.

MAJLIS PENDAFTARAN DAN MINGGU SUAIKENAL PELAJAR BARU 2009

on 6:21 PM

Setiap tahun ramai pelajar baru akan memasuki ke Tingkatan Satu. Hari pendaftaran sekolah adalah hari yang penting bagi membolehkan pelajar memulakan sesi persekolahan. ini akan diikuti dengan minggu suai kenal yeng bertujuan membiasakan pelajar baru dengan suasana kehidupan dan pembelajaran di sekolah baru. Mentaliti, suasana, pergerakan pelajar dan sebagainya merupakan sesuatu perkara baru dalam kehidupan mereka. Pelajar bukan sahaja patut didedahkan tetapi di biasakan dengan kehidupan baru yang sememangnya mencabar. Apa yang lebih membimbangkan, pelajar-pelajar berputus asa dan gagal menyesuaikan diri lantas memohon keluar dari sistem. Dengan adanya program ini, diharap akan dapat membantu pelajar dalam menyesuaikan diri dengan keadaan di Sekolah Berasrama Penuh.Antara pengisian program tersebut; Ice breaking, taklimat, ceramah, latihan dalam kumpulan/simulasi kumpulan, kerohanian/solat, riadah/ 'Treasure hunt'/ Liga sukan, persembahan dan lawatan sekitar sekolah.

Sir Tan Tai Chan di Berlin

on 4:28 PM




Seperti yang di ketahui, Sir Tan Tai Chan berada di German kerana sedang mengikuti kursus Bahasa Jerman. Beliau akan berada di sana selama sebulan dan akan pulang ke tanah air pada akhir bulan Oktober. Di sini adalah beberapa gambar yang dapat dikongsikan bersama rakan guru-guru dan pelajar-pelajar sepanjang beliau berada di sana.

POTRET MAJLIS MOHON RESTU PELAJAR PMR 2008

on 6:44 PM

Majlis Mohon Restu Pelajar PMR & Jamuan Hari Raya Aidilfitri

on 10:47 PM



Dalam menghadapi peperiksaan besar seperti PMR dan SPM, pelajar perlu dibantu untuk mencari semangat dan ketenangan dalam diri mereka. Selain guru dan rakan-rakan, ibu bapa merupakan tulang belakang dan peniup semangat bagi pelajar untuk berhadapan dengan PMR. Selain ibu bapa yang memberi kasih sayang dan keperluan kehidupan, guru pula adalah insan yang banyak berkorban mencurahkan ilmu kepada pelajar. Oleh itu, pihak sekolah bersama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program supaya para guru, dan ibu bapa dapat duduk bersama memberi semangat dan restu tentang perkembangan pembelajaran anak-anak mereka untuk memastikan para pelajar Tingkatan 3 tahun 2008 memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam PMR kelak. Majlis bermula dengan bacaan doa sebagai pembuka majlis. Diikuti dengan Ucapan alu-aluan pengerusi majlis, YDP PIBG (Tn Hj Zainal bin Hamid), Pengetua (Diwakili oleh PK HEM En. Mohd Shahadan bin Abd Rahman). Majlis di sambung dengan penyampaian sumbangan PIBG kepada calon PMR. Dan acara kemuncak merupakan majlis mohon restu pelajar dan di akhiri dengan Majlis makan tengahari Majlis Hari Raya di Dewan Makan.

Majlis Iftar Ramadhan

on 10:33 PM

Bersempena bulan Ramadhan yang mulia, SEMESTA telah mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai bersama guru, pelajar dan staf. Selepas berbuka puasa beramai-ramai, pelajar dan guru mendirikan solat maghrib dan isya' secara berjemaah dan diakhiri dengan solat terawih.