Majlis Mohon Restu Pelajar PMR & Jamuan Hari Raya Aidilfitri

on 10:47 PM



Dalam menghadapi peperiksaan besar seperti PMR dan SPM, pelajar perlu dibantu untuk mencari semangat dan ketenangan dalam diri mereka. Selain guru dan rakan-rakan, ibu bapa merupakan tulang belakang dan peniup semangat bagi pelajar untuk berhadapan dengan PMR. Selain ibu bapa yang memberi kasih sayang dan keperluan kehidupan, guru pula adalah insan yang banyak berkorban mencurahkan ilmu kepada pelajar. Oleh itu, pihak sekolah bersama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program supaya para guru, dan ibu bapa dapat duduk bersama memberi semangat dan restu tentang perkembangan pembelajaran anak-anak mereka untuk memastikan para pelajar Tingkatan 3 tahun 2008 memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam PMR kelak. Majlis bermula dengan bacaan doa sebagai pembuka majlis. Diikuti dengan Ucapan alu-aluan pengerusi majlis, YDP PIBG (Tn Hj Zainal bin Hamid), Pengetua (Diwakili oleh PK HEM En. Mohd Shahadan bin Abd Rahman). Majlis di sambung dengan penyampaian sumbangan PIBG kepada calon PMR. Dan acara kemuncak merupakan majlis mohon restu pelajar dan di akhiri dengan Majlis makan tengahari Majlis Hari Raya di Dewan Makan.

1 comments:

Anonymous said...

Syukur & terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua ( Ibu bapa, Penjaga, Guru & Pelajar PMR 2008)
Semoga PMR 2008 memberikan menceriakan semua... Insya Allah, PMR 2008 boleh mengekalkan dan meneruskan kecemerlangan SEMESTA..

AMinnn...
CBJ