Wednesday, January 14, 2009
Setiap tahun ramai pelajar baru akan memasuki ke Tingkatan Satu. Hari pendaftaran sekolah adalah hari yang penting bagi membolehkan pelajar memulakan sesi persekolahan. ini akan diikuti dengan minggu suai kenal yeng bertujuan membiasakan pelajar baru dengan suasana kehidupan dan pembelajaran di sekolah baru. Mentaliti, suasana, pergerakan pelajar dan sebagainya merupakan sesuatu perkara baru dalam kehidupan mereka. Pelajar bukan sahaja patut didedahkan tetapi di biasakan dengan kehidupan baru yang sememangnya mencabar. Apa yang lebih membimbangkan, pelajar-pelajar berputus asa dan gagal menyesuaikan diri lantas memohon keluar dari sistem. Dengan adanya program ini, diharap akan dapat membantu pelajar dalam menyesuaikan diri dengan keadaan di Sekolah Berasrama Penuh.Antara pengisian program tersebut; Ice breaking, taklimat, ceramah, latihan dalam kumpulan/simulasi kumpulan, kerohanian/solat, riadah/ 'Treasure hunt'/ Liga sukan, persembahan dan lawatan sekitar sekolah.
0 comments:
Post a Comment