AKTIVITI KELAB GURU SEMESTA

on 8:21 PM

Bertarikh 27 Julai 2008, 5 orang guru semesta telah pergi memancing dikolam ikan Bilut. Hasil penat lelah selama 4 jam,mereka memperoleh 8 ekor ikan Rohu. Pada keesokkan harinya, Kelab Guru SEMESTA telah mengadakan satu majlis keraian untuk merapatkan ukhuwah sesama guru. Majlis dimulakan dengan para guru bergotong-royong menyediakan bahan-bahan untuk makan malam. Di antara juadah yang disediakan adalah seperti, ikan dan ayam bakar, buah-buahan tempatan, mi goreng, sup ayam dan kuih-muih. Disamping itu, solat maghrib dan isyak serta bacaan tahlil secara berjemaah diadakan di surau yang terletak di kuaters guru. Di harap, aktiviti seperti ini dapat diadakan selalu bagi merapatkan ukhuwah sesama guru. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasikan.

4 comments:

Cikgu Fakha said...

laa. tak ajak kami pun... lain kali bagitau.. nak join juga...

semestaraub said...

Selamat.....

lu fikirlah ssendiri said...

hensem mentor saye

mama ain said...

laaa....guru jer ke??? kami staff ni camner yekkk